Islam vs Demokrasi
Assalamu 'alaikum,
1- Kita harus membedakan antara falsafah demokrasi barat dgn amalan
demokrasi. Falsafahnya sememangnya batil dan hendaklah kita nyahkan
jauh-jauh dr hati nurani kita.
Tetapi berbeda dengan amalannya. Jika amalan demokrasi yg
diperkenalkan itu sudah lama disebut Islam, apa salahnya kita copy dan
modified dr org lain walaupun kafir. Rasulullah saw 'copy' dari org lain
dalam peperangan khandak. Menceduk apa yg org lain lakukan (aspek
teknologi, pentadbiran...) bukan merosakkan aqidah, bahkan seharusnya
digalakkan kerana Islam itu agama yg mendahului zaman. Islam ini sesuai untuk
setiap zaman sehinggalah dunia ini berakhir.
Satu hakikat yg kita kena sedar ialah cara mengurus hidup manusia hari
ini lebih maju dari cara dulu. Semua ini hasil dari pengalaman dan
ilmu pengetahuan yang manusia manafaatkan.
Sesungguhnya Islam menggalakkan manusia berfikir dan mencipta kaedah terbaharu bagaimana menguruskan kehidupan ini sesuai dengan zaman 'moden'.
Melalui ilmu, pengalaman dan revolusi, masyarakat manusia berusaha melepaskan dari
kezaliman diktator atau belenggu sekumpulan kecil manusia, dan seterusnya terciptalah sistem demokrasi.
Jika pakar2 falsafah yg ikhlas dan bersungguh2 mencari sistem yg terbaik, maka mereka akan menuju kpd sistem yg Islam perkenalkan 1400 tahun dulu.
'Rules of law', kebebasan bersuara, suara rakyat, kebebasan badan kehakiman dari badan perlaksana [eksekutif] adalah prinsip utama dalam sistem Islam.
Apa yg dilaung-laungkan hari ini oleh golongan reformis telah berlaku di zaman
kegemilangan awal Islam lagi. Bayangkan Rasulullah sendiri akan
memotong tgn Fatimah jika anaknya yg dicintai itu mencuri.Bayangkan
Saidina Ali telah kalah dalam pendakwaan terhadap pencuri yg mencuri
baju besinya. Bayangkan seorg rakyat biasa memberi amaran kpd Omar al
Khattab. Bukankah apa yg berlaku itu idealisma yg dicita-citakan oleh
sistem moden hari ini?
2- Seperti biasa, saya ingin tegaskan bahawa masalah besar kita hari ini
adalah masalah manusia. Jika sistem itu baik macam mana pun, ia akan
gagal berfungsi jika manusia tidak berubah. Manusia yg mementing diri
sendiri atau kumpulannya akan melakukan kezaliman yg serupa dgn
penguasa yg ditentanginya apabila ia mengambil aleh kuasa tersebut.
Manusia majoriti yg cintakan maksiat dan keseronokan kebendaan akan
menjatuhkan kerajaan yg cuba untuk membawa kebaikan secara drastik.
Jika kerajaan alternatif tidak melaksanakan apa yg dijanjikan, tuduhan
dan fitnah pula akan menimpa dirinya. Jika tidak tahan dgn komen dan
fitnah, maka kerajaan alternatif juga mungkin menyekat kebebasan
akhbar demi 'maslahat' umat. Ini dilema uslub kepartaian yg
mengabaikan tarbiah yg sungguh-sungguh.
Saharusnyalah masa, tenaga, kepakaran yg ada diberikan hak yg
sewajarnya kpd pembinaan manusia yg soleh melebihi tugas-tugas lain.
Pemimpin ikhwan Jordan telah mengundur diri dr berkecimpung dalam
urusan berpolitik kerana banyak masa tarbiah telah dihabiskan untuk
urusan yg rendah nilainya. Jika tenaga dan kepakaran kita tidak banyak
mana, biarlah org lain yg mengurus, kita memantau dan tumpukan kpd
merubah jiwa dan pemikiran manusia. Memantau dan kritik lebih senang
dari kita sendiri yang berdepan dgn tanggunjawab tanpa persiapan.
Kadang-kadang saya sungguh sedih dgn ahli Parlimen dr pembangkang.
Tanpa dana dan bantuan dr kerajaan, yg tinggal hanyalah retorika dan
janji-janji kosong. Sedangkan ahli Parlimen dr kerajaan diberi bantuan
jutaan ringgit setiap kawasan. Seperti biasa, wang berjuta itu
dibahagi-bahagikan untuk 'manafaat' bersama. Apakah ada pendekatan
lain agar wang berjuta itu dimanafaat untuk membina manusia? Mungkin
ngo atau ajk masjid boleh ambil kesempatan ini.
Apa yg diperkatakan di atas adalah cetusan-cetusan ide spontan. Saya
bersedia menerima kritikan.
cikgurahim
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment